Monday 8 October 2012

78 peratus tak suka pekerjaan masing-masing

Kajian Jobstreet.com mengenai Kepuasan Pekerjaan Warga Kerja di Malaysia menunjukkan bahawa 78 peratus daripada responden tidak gembira dengan pekerjaan semasa masing-masing.
Walaupun pendapat biasa menyatakan sebab utama ramai bakat muda meninggalkan syarikat disebabkan gaji yang rendah, hanya 17 peratus daripada 1145 responden menyatakan sebab itu sebagai faktor utama mempengaruhi mereka tidak gembira.
Dalam satu kenyataan, Jobstreet.com berkata ketidakpuasan dengan skop pekerjaan adalah sebab utama ramai menyatakan tidak gembira untuk bekerja.
Faktor lain ialah hubungan dingin dengan penyelia terdekat atau ketua masing-masing.
Syarikat itu berkata baki 22 peratus daripada responden, yang kini gembira bekerja menunjukkan tiga faktor utama yang mempengaruhi kegembiraan masing-masing.
Sebanyak 50 peratus daripada mereka mendakwa gembira dengan pengalaman bekerja dan cabaran bekerja, 21 peratus suka dengan ketua masing-masing yang menghargai dan menilai produktiviti masing-masing manakala 19 peratus gembira kerana persahabatan dengan rakan sekerja.

Sumber artikel: Berita Harian 9 Oktober 2012 

hrmmm...nampaknye aku pon sama laa...antara yang x gembira dengan pekerjaan sekarang...huhuhu...faktornye sama gak la cam yg dinyatakan kat dlm artikel nih...skop kerja yg berkecamuk...stress aku dibuatnye...pengalaman kerja pon kurang ape lagi cabaran...suasana tempat keje yg membosankan dan persekitaran yang tidak selesa...hambar jer...semangat pon mati la camni...tp pape pon hidup mesti diteruskan dengan sabarr...kalau x keje xde sumber pendapatan..so, camne nak teruskan kelangsungan hidup..betul tak? Namun usaha untuk mendapatkan pekerjaan yg lebih memberi kepuasan dan menggembirakan ttp perlu diteruskan...(maklumla kan..nak dapat sesuatu yg terbaik tu bukan senang cam petik jari jer..dapat ape yg dimahukan..) mudah-mudahan ade lerr rezeki..InsyaAllah...chaiiyokk!!